Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah Hang Tuah adalah seorang pemuda yang miskin. Bapaknya bernama Hang Mahmud dan ibunya ialah Dang Merdu Wati. Mereka hanya tinggal di sebuah pondok kecil di kampung Sungai Duyong. Bapanya pernah menjadi ketua istana yang boleh dipercayai, manakala ibunya juga berasal dari keturunan tuan-tuan istana. Ramai penduduk di Sungai Duyong mendengar berita bahwa Raja Bintan adalah seorang raja yang baik dan bersikap sopan kepada semua rakyatnya. Apabila Hang Mahmud mendengar berita itu, dia memberitahu isterinya bahawa mereka harus pergi ke Bintan untuk mencari kehidupan yang lebih baik di tanah Bintan yang makmur. Pada suatu malam, Hang Mahmud bermimpi bahwa bulan jatuh dari langit dan cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud segera bangun dan mengambil anaknya dan menciumnya. Seluruh badan Hang Tuah berbau harum. Keesokan harinya, Hang Mahmud menceritakan mimpinya kepada isterinya dan Hang Tuah. Setelah mendengar kata-kata suaminya, Dang Merdu Wati segera memandik...